Nuffnang

Tuesday, 22 January 2013

REVIEW: Bagaimana Mengenalpasti Victoria's Secret Mist Tiruan?

Salam sejahtera,

Saya rasa terpanggil untuk menulis entri kali ini apabila pelanggan-pelanggan bertanyakan tentang bagaimana mengenalpasti wangian VS tiruan. Sebagai pengguna VS sejak 10 tahun yang lalu, dan sebagai pengedar wangian VS di Malaysia dan Singapura, saya rasa semua pelanggan berhak mengetahui tentang perkara ini. Sedih saya katakan bahawa pasaran di negara kita kini sudah dirosakkan kerana terdapat pelbagai versi VS tiruan dijual oleh mereka-mereka yang tidak bertanggung jawab. Paling menyedihkan apabila ia dijual pada harga yang lebih murah, dan kadang-kala lebih kurang sama dengan harga VS original.

Untuk pengetahuan anda semua, Victoria's Secret Fantasies collection yang dijual di VS outlet di One Utama dan Pavillion di jual pada harga RM 53 sebotol manakala di KLIA pada harga RM 50 sebotol. Peniaga-peniaga online mungkin ada yang menjual sehingga RM 60, kerana ia termasuk dengan caj penghantaran. FA sendiri menjual pada harga RM 50 dan harga ini ialah harga yang paling rendah boleh kami tawarkan memandangkan kami juga perlu membayar cukai dan shipping expenses dari USA ke Malaysia dan Singapura. 

Namun jika anda ditawarkan dengan harga yang lebih rendah dari RM 45 sebotol, berhati-hatilah, kerana VS tersebut mungkin tiruan. Kalau difikirkan secara logik, peniaga manalah yang akan menjual pada harga yang sangat rendah berbanding harga pasaran kan? Bagaimana mereka mendapat keuntungan jika harga kos pun lebih kurang dengan harga jualan?

Oleh itu disini saya ingin berkongsi sedikit info bagaimana anda boleh mengenalpasti sama ada wangian VS yang anda beli itu ialah tiruan atau original. Anda juga harus maklum bahawa wangian VS yang original semuanya adalah MADE IN USA. Jangan terpedaya dengan wangian VS versi made in China, Phillipines, Hong Kong mahupun Singapore.

Pertama sekali, saya juga ingin memaklumkan bahawa Victoria's Secret USA sudah berhenti mengeluarkan wangian VS Secret Garden Collection. Mist untuk Secret Garden Collection dahulunya dikenali sebagai 'Body Mist'. Sejak tahun 2011, ia telah di gantikan dengan Victoria's Secret Fantasies Collection, dan wangiannya kini dikenali sebagai 'Fragrance Mist'.
Di bawah ini merupakan perbezaan packaging antara VS Secret Garden Collection dan juga VS Fantasies Collection yang baru.

Lama: VS Secret Garden Body Mists




Baru: VS Fantasies Fragrance Mists




Lama: VS Secret Garden Collection




Baru: VS Fantasies Collection


Antara VS Secret Garden dan VS Fantasies, dua-dua koleksi ada yang original, cuma pada pendapat saya, adalah tidak wajar sekiranya peniaga menjual VS Secret Garden Collection pada harga RM 50, iaitu lebih kurang sama dengan harga VS Fantasies. Ini adalah kerana VS Secret Garden Collection ialah stok lama, jadi mengapa ia harus dijual pada harga yang mahal sedangkan pelanggan boleh membeli wangian stok baru (VS Fantasies) pada harga yang sama bukan?

Baiklah, berbalik kepada topik kita, bagaimana untuk mengenal pasti wangian VS Original mahupun tiruan. Di bawah ini saya sediakan gambar perbandingan VS tiruan (fake) dan VS tulen (original) bagi Body Mist Secret Garden Collection. Perbezaan yang sama juga boleh di dapati pada Fragrance Mist VS Fantasies  Ada banyak perbezaan sebenarnya, namun berikut merupakan perbezaan-perbezaan yang sangat ketara yang pelanggan semua harus tahu.

1. Lihat pada penutup plastik body mists di bawah. Penutup plastik VS mist yang original kelihatan lebih jernih dan jelas berbanding yang tiruan. Penutup VS tiruan nampak lebih kabur.




2. Lihat pada penutup emas body mists di bawah. Penutup emas VS mist yang original kelihatan berkilat-kilat dan seperti ada serpihan yang berkilau-kilauan jika dibandingkan dengan yang tiruan. 





3. Lihat pada penutup emas body mists di bawah. Penutup emas VS mist yang original mempunyai tiga (3) garisan atau jalur halus berbanding dengan VS mist tiruan yang hanya mempunyai satu (1) jalur halus atau kadang-kadang tiada jalur.





4. Lihat pada tiub body mists di bawah. Tiub bagi VS body mist yang original adalah lebih halus berbanding tiub body mist tiruan.




Jadi, kepada pelanggan-pelanggan Fragrance Attic yang disayangi, selepas ini, anda boleh mengenal pasti VS Body Mist atau VS Fragrance Mist yang tiruan dengan mudah. Tips yang paling senang ialah dengan menyemak VS mist yang anda beli melalui point No. 3. Pastikan VS Mist yang original, HARUSLAH mempunyai 3 jalur halus pada penutup emasnya. Semoga anda semua bijak membeli dan diharapkan agar peniaga-peniaga diluar sana juga berhati-hati dalam memilih supplier agar tidak tertipu dengan harga murah yang ditawarkan.

Jangan risau, SEMUA PRODUK yang dijual dan dibekalkan oleh Fragrance Attic adalah 100% dijamin tulen, original, authentic. Produk-produk Victoria's Secret dan Bath & Body Works yang kami jual/supply adalah dipilih sendiri oleh kami di USA. Sekiranya anda dapat membuktikan bahawa barangan kami tidak tulen, wang anda akan dikembalikan. Kerana kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami.


Sekian, terima kasih.

FRAGRANCE ATTIC








2 comments:

  1. hai saya minta izin share kat fb saya yea :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih infonya gan.
    Lumayan buat nambah wawasan.

    Gema Parfum :
    Harga parfum Victoria Secret.

    ----------

    ReplyDelete